Saturday 20 August 2011

Temporary

Hati? Pernah tak korang terfikir yang perasaan korang sementara? Pernah tak korang berfikir untuk membenci semasa korang menyayangi?
Aku konfem jawapannya, TAK! Kenapa macam tu? "Aku belum bersedia menghadap perkara negatif dalam hidup aku! Aku nak gembira selalu." Yeah, siapa cakap tak boleh!
Itulah manusia. Hatinya selalu berubah. Sekejap suka, sekejap benci. Sekejap keras, sekejap lembut. Aku pun manusia. Aku sendiri pun macam tu!
Apa yang aku nak sampaikan, jangan ingat kau tu kuat sangat. Memanglah hari ni kau tak perlukan orang lain, tapi esoknya lepas kau bangun tidur, orang lain yang kau fikir dulu, kan? Ingat, hati kau akan berubah suatu hari nanti....